erm…
pada 26/9/05, aku dapat sms daripada suria menyatakan yg ayahnya telah tiada lagi. ntah kenapa aku begitu sedih sekali…mungkin kerana aku terlalu rapat dengan suria n keluarganya.. aku terus teringat segala kenangan aku dan ayahnya.. aku terlalu sedih juga kerana mungkin aku tidak pernah kehilangan sebelum ini. sedangkan moyang aku pon alhamdulillah hidup lagi.. jadinyer, mula2 tu mmg susah nak control diri. tp alhamdulillah tak lama. yek la..lagipon tak elok kalo kiter sedih2 sgt menangisi pemergian seseorang kan. aku doakan arwah ayah suria dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg diberkati Allah. dan kepada suria dan keluarga, aku harap korang tabah dalam menghadapi dugaan ini. aku tahu ya yang ko memang rapat ngan ayah ko. dan aku juga tahu ko seorang yang tabah dan kuat semangat. InsyaAllah ko boleh mengharungi dugaan ini kan.. Al-Fatihah….
dan ari ni.. 30/9/05..ada rombakan di Karangkraf.. mmg kiteorg telah dimaklumkan sebelum ini. mmg nervous gak la sepanjang minggu ni kan. yek la tak tahu la aku dapat magazine apa plak kali ini kan. harap2 yg best!!! dan setelah rombakan tadi berakhir, aku diberitahu bahawa aku akan handle magazine Nur pula.. tiada lagi Fokus SPM. erm.. dari budak sekolah pergi kepada wanita berkerjaya.. mmg aku happy coz finally aku dapat la magazine yg kena ngan jiwa aku..tp at da same time sedih gak coz aku baru nak adapt ngan environment Fokus, dah kena tukar gi Nur.. mcm2 aku dah plan (tp dalam otak jek la..tak sempat on paper lagi..hehehehe).. tup..tup kena tukar. mcm mana pon, aku anggap ni sbg 1 cabaran.. kalo dibayangkan baru 3 bulan kat sini kan.. erm..mcm ni rupanya ragam kerja ek.. aku tak de la merungut.. tetap happy cam biasa.. kat sini jugak.. ngan kawan2 yg sama jugak. .editor jek baru.. dan sekarang no more product exec..tp editorial exec…erm..sounds better than before.. hehehehe… n esok aku ada media treasure hunt from subang airport to kuantan.. mmg..best.. harap2 boleh menang..pergh..angan2 tak ingat.. hehehehe… mana la tahu kan… ok la.. dah nak balik la.. bosan lak duk lama2 kat ofis ni.. bukan ada apa pon.. pencetus semangat aku pon dah balik..kahkakahakahakahkahkah!!!!!!!!!!! oopsss…. bye!!!!