Archive for October, 2005

sejuknyer…

Sunday, October 30th, 2005

tak tahan seh..sejuk gilerrrr ari ni. dah le aku terlupa nak bawak shawl aku kan. kejung duk dlm ofis ni la.. erm..apa yg aku nak merepek kali ni ek.. tu la dah bosan sgt duk kat ofis ni. ramai yg dah bercuti raya. she pon dah cuti. so tinggal la aku sorang2..hehehe..dlm sejuk2 n bosan2 ni,mcm2 lak yg aku pikir. tp susah nak ckp mcm mane. erm..raya dah nak dekat..Ya Allah..ari tuh gi masjid india, mcm nak tercabut kaki berjalan. tp takde la shopping sgt. biasa2 jek. ada la beli few things kan.. yg byk pon tudung.. dah bosan tak tahu nak beli apa, aku beli sepasang baju casual 4 my beloved azfar. aku happy sgt dpt belikan dier baju raya. tu la kalo kiter mmg sayangkan orang tuh, kite akan rasa happy nak belikan dierorg barang kan.. comey sgt baju tuh..tp mmg penat gilerrrr la ari tu. dah la time siang tuh wat sampling kat hentian pekeliling..pas tu gi masjid india, sogo, pertama complex n last mlm lepak kat mvalley.. jumpa kawan2 lama. dah ler tuh, tak tahu la knapa tahun ni aku bleh rasa homesick sgt2.sampai menangis lak.. hehehe..pelik ngan diri sendiri. apa sudah jadi da.. ntah..tetiba jek rasa rindu sesgt kat family n DEAR…

1 minit makes me think…

Thursday, October 13th, 2005

aku baru jek baca blog ijang berkenaan dengan 1 minit.. it’s so deep and  meaningful..at least to me.. i dun wanna know the rest of it. mmg susah kan nak buat lelaki ni faham ttg perasaan seorang perempuan. dan aku akui, aku antara perempuan yg paling susah nak faham because i dunno how to express my feeling..and i just cannot trust guys anymore after i’ve been hurting so many times before this.. how i wish i can get that 1 minute..

DEAR…

seseorang yg selalu menyakitkan hati aku..

tp pada masa yg sama..DEAR juga sering menggembirakan aku..

kami sering bertelagah pendapat..dan kami juga sering sependapat..

seseorang yg dapat membuka pintu hati aku setelah lama tertutup..

tp masih merupakan seseorang yg tidak dapat aku percayai kerana DEAR adalah seorang lelaki…

biler aku lari…DEAR akan kejar..

aku sering tertanya-tanya kenapa DEAR selalu msg aku w’pon kiter sering berjumpa…

dan biler aku tak reply..DEAR akan tanya..dan seakan marah sbb tak reply…

tp biler jumpa..DEAR akan buat cam biasa jek..mcm kawan..

pernah aku menyatakan yg kiter hanya kawan..tp DEAR tak mahu..

DEAR tetap mengatakan yg aku istimewa..dan memahaminya..

pernah juga aku buat bodoh selama seminggu sbb tersinggung dgn kata-katanya..

DEAR minta maaf bagai nak gile msg..

DEAR juga sering text kat aku, bait-bait lagu n nyanyikan lagu pada ku..

but does he really mean it.. i dunno.. DEAR juga selalu cakap yg DEAR rindu kat aku..but, does he mean it..i dunno..

tp DEAR mmg tidak pernah lupa utk msg aku setiap ari.. aku pernah mengatakan pada DEAR yg aku sedih n sakit apabila tahu yg DEAR dah ada gf..tp DEAR selalu juga cakap..DEAR tetap mahukan aku..

permainan apakah ini..? aku senang bile DEAR berterus-terang dgn aku utk kebanyakan perkara.. nampak jujur tp bolehkah aku menerimanya..DEAR eslalu cakap gf DEAR pon tak tahu banyak perkara sbb pada DEAR, that gurl tidak memahami. tp, bolehkah aku mempercayainya..ntah la.. sejauh mana aku boleh pretend yg aku ok dgn sume ini.. aku sendiri kurang pasti..dan ari ini, DEAR marah lagi sbb aku tak msg DEAR semalam..

DEAR juga pernah marah sbb aku keluar tgk movie dgn org lain.. berhari jugak la rajuknya.. DEAR juga pernah cakap yg DEAR jeles biler aku rapat ngan orang lain. DEAR juga pernah pandang serong bile aku bermesra dengan orang lain.. kenapa harus aku lalui sumer ini..? kenapa aku tak boleh dapat DEAR seorang.. kenapa mesti aku share ngan orang lain.. w’pon aku tahu aku adalah orang yg kemudian, kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa aku boleh suka dan sayang pada DEAR..?

erm..DEAR baru jek msg aku dan tanya kenapa aku tak msg DEAR smalam.. aku buntu bila pikirkan perasaan yg sedang berperang dalam hati aku ni. separauh mengatakan..let’s go with the flow.. dan separuh hatiku lagi mengatakan, DEAR hanya nak main2.. aku tak tahu apa yg harus aku buat dan apa yg harus aku percaya.. apa yg aku tahu..aku sayangkan DEAR kerana DEAR.. tak de sebab lain..

kepada Tuhan aku berserah.. agar dikuatkan semangat dan cekalkan hati. terus-terang aku katakan..aku takut akan kecewa lagi.. teramat sakit..

media treasure hunt..

Sunday, October 2nd, 2005

heylo..gud morning..last week aku gi media treasure hunt anjuran malaysia airport berhad. erm..1st time join..sronok bleh tahan gak. tp penat gilerrrrrr la… klakar pon ada..mana tak nye..group aku la group yg asek sesat jek.. jd kiteorg kalah la kan.. tp group aku best gak arr..kiterorg takde la nak bergaduh ker apa..we were really enjoy ourselves..ala2 cuti2 malaysia gitu kan.. hehehee… and tu la 1st time aku duk dalam keta selama 12jam.. giler kan.. tak pernah aku duk dalam keta selama tuh…dah naik pening kepala aku kan..malam tuh plak time dinner mmg melantak tak hengat la…last aku makan time breakfast… nasib baik bleh maintain lagi kan… so lepas dinner mmg tak bleh nak cakap2 sgt..rasa malas gitu kan..so, aku terus tido… layan siot biler tido time badan mmg penat kan.. dah tak sedar apa la time tuh.. harap2 lepas ni aku dapat join lagi treasure hunt mcm ni kan.. serious best! tp saper yg buat soalan tu mmg kreatif gilerr la… aku pon tak terfikir nak create soalan n relate jawapan dier mcm tuh sekali. for a 1st timer mcm aku ok la kan..mana bleh nak lawan hotai2 yg dah selalu masuk kan. tgk la nanti..kalo next year ker..aku masuk lagi..insyaAllah bleh menang kot. ahaks!!!! ayat kondifen abis.. pastuh balik from kuantan jek, kiterorg singgah kat genting..naik keta cable… jalan2…hehehe…tu jek la kan.. balik umah terus booommm…zzzzzzzzzzz………. ok ler..nak continue keje.. nanti apa pon tak siap, aku gak yg mati.. hehehe…