Archive for January, 2006

bacalah..

Thursday, January 12th, 2006

tetiba hari ni aku rasa bosan sket kat ofis ni. n alan-alang aku tgh dok baca blog kawan aku, aku teringat pada satu puisi ttg perempuan. puisi ni dah lama aku simpan. drpd aku first sem sampai sekarang. erm..adalah dlm dekat 5 tahun kot. lama kan.. jadi..pada sesiapa yg membacanya..hayatilah setiap bait-baitnya kerana apa yg terkandung di dalam puisi ini. aku pon dah terlupa siapa penulis sebenar… anggap jek la aku ek..hehehehe.. ;p

INSAN BERNAMA WANITA

Ciptaan Tuhan ini

Bukan untuk dicemuh dan dikeji

Atau dipuji hingga terlalai

Tetapi untuk DIHARGAI

Dibelai dengan penuh kasih

Hormatilah dia sebagai insan bernama

WANITA…

Jagailah perasaan halusnya

MARUAHNYA bukan untuk dijual beli

Lindungilah dirinya daripada dipermainkan

Kerana dia adalah WANITA

Penyambung zuriat bangsa

Tulang belakang nadi kehidupan

Janganlah dipandang enteng!

WANITA tak dijadikan dari kepala untuk dijunjung

Tidak dari kaki untuk dipijak

TETAPI dari tulang rusuk dekat dihati untuk disayangi

dan di sebelah lengan untuk dilindungi..

Sesetengah WANITA sanggup berendam air mata

Demi kebaikan orang yang disayangi

Walaupun sering diperlekehkan

Sanggup berkorban apa sahaja

Demi orang yang disayangi

Walaupun kadang-kala perngorbanan mereka tidak dihargai…