bacalah..
tetiba hari ni aku rasa bosan sket kat ofis ni. n alan-alang aku tgh dok baca blog kawan aku, aku teringat pada satu puisi ttg perempuan. puisi ni dah lama aku simpan. drpd aku first sem sampai sekarang. erm..adalah dlm dekat 5 tahun kot. lama kan.. jadi..pada sesiapa yg membacanya..hayatilah setiap bait-baitnya kerana apa yg terkandung di dalam puisi ini. aku pon dah terlupa siapa penulis sebenar… anggap jek la aku ek..hehehehe.. ;p
INSAN BERNAMA WANITA
Ciptaan Tuhan ini
Bukan untuk dicemuh dan dikeji
Atau dipuji hingga terlalai
Tetapi untuk DIHARGAI
Dibelai dengan penuh kasih
Hormatilah dia sebagai insan bernama
WANITA…
Jagailah perasaan halusnya
MARUAHNYA bukan untuk dijual beli
Lindungilah dirinya daripada dipermainkan
Kerana dia adalah WANITA
Penyambung zuriat bangsa
Tulang belakang nadi kehidupan
Janganlah dipandang enteng!
WANITA tak dijadikan dari kepala untuk dijunjung
Tidak dari kaki untuk dipijak
TETAPI dari tulang rusuk dekat dihati untuk disayangi
dan di sebelah lengan untuk dilindungi..
Sesetengah WANITA sanggup berendam air mata
Demi kebaikan orang yang disayangi
Walaupun sering diperlekehkan
Sanggup berkorban apa sahaja
Demi orang yang disayangi
Walaupun kadang-kala perngorbanan mereka tidak dihargai…
January 16th, 2006 at 6:57 pm
bace memang bace tapi kekadang si wanita sendiri tak hormat ape yg mereka ade.. pelik kan?
January 16th, 2006 at 10:09 pm
INSAN BERNAMA WANITA… ya ada betulnya puisi tu. Tapi kita sendiri kena rasional dalam menilai diri. Apakah layak kita dipuji ataupun dikeji? Adakah layak kita dijaga jika kita sendiri lalai menjaga diri? Siapakah yg sanggup menjaga maruah jika diri sendiri yg lupa apa itu maruah? Tiada siapa pun yg mahu dikeji atau dicaci. Tak kira lelaki atau wanita…
Hanya jika kita belajar utk menyayangi, kita aka disayangi. Hanya jika belajar menghormati, kita akan dihormati. Hanya jika kita belajar utk tidak keji-mengeji maka kita dipandang tinggi. Mcm yg selalu aku cakap, jadilah sederhana. Sederhana itu amat indah jika kita benar-benar mengkajinya…